Koleksi Pantun Raya

Tuesday, August 31, 2010 | 0 comments

Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri :


Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!
Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?
Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang
Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri
Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya 
Maaf-maafan dihari bahagia
Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah
Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia
Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan
Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya
Sungguh rendang pohon rumbia
Tempat persinggahan sianak kera
Ketupat rendang sudah tersedia
Jemputlah semua menjamu selera

Negara kita aman sentosa
Jangan dilupa orang terinyanya
Makan sudah baju bergaya
Orang fakir jangan dilupa

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdetum detam
Riang gembira dihari raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di hari raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Menyeberang lautan melintas negeri
Terbang jauh dari Itali
Datuk nenek muka berseri
Anak cucu telah kembali

Gua Niah pintunya lebar
Dayak dusun jadi penjaga
Datuk nenek tidak tersabar
Kuih tersusun di atas meja

Memukul gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya
Tersenyum riang sanak saudara

Penat sungguh membuat sekaya,
Tepung pelita tolong hidangkan,
Merdu sungguh takbir raya,
Marilah kita ke rumah Tuhan.
Pasang pelita belakang almari,
Janganlah lupa memasang tangkalnya,
Sambil kita memuji Ilahi,
Panjatkan doa pada yang tiada.

Makan akak bersama toyol,
Buah pala di panah petir,
Bila memasak kuih dan dodol,
Jangan pula kita membazir,

Kuih raya banyak jenisnya,
Silap cekau perut merana,
Jangan hanya bersalam saja,
Duit dan angpau turutlah serta.

Budak-budak main mercun,
Jangan sampai terbakar tangan,
Di Aidilfitri kita berhimpun,
Hulurkan tangan meminta ampun.

Anak zirafah dimakan buaya,
Buaya Tain makan kelapa,
Bila makan juadah raya,
Yang miskin jangan dilupa.

Ayam togel masak lemang,
Itik serati masak ketupat,
Hari raya hampir menjelang,
Kunjung-mengunjung menjadi adat.

Air cuka tumpah dianjung,
Anak sembilang buat hiasan,
Rumah terbuka mari berkunjung,
Makanan terhidang tolong habiskan.

Buah kedudu dibuat tepung,
Untuk berjimat di hari raya,
Bila memandu pulang ke kampung,
Sentiasa berhemat di jalan raya.

Sudah tiba Hari Raya,
Setelah kita sebulan berpuasa,
Hari Raya di sambut gembira,
Jangan pula ada yang berduka.

Pagi raya semua gembira,
Berjalan bersama rakan dan taulan,
Ketika enak menjamu selera,
Orang yang tiada jangan dilupakan.

Makan roti cicah kelapa,
Kelapa di beli dari buana,
Resah di hati gundah gulana,
Duit kami bagaimana?

Anak gorila gagah perkasa,
Amat terkenal di Kampung Sentosa,
Maaf andai terkasar bahasa,
Kami ucapkan Selamat Hari Raya.
 

KBS Music Bank 27 August 2010

Comeback Stage - FT Island, Wheesung, SISTAR, Narsha, G.NA

Music Stage - BoA, SHINee, Se7en, Homme, Narsha, Eru, Hwanhee, Jo Sung Mo, DJ DOC, Norazo, Rainbow, Nine Muses, Supernova, G.NA, Navi, Secret, Chae Yeon, Ahn Jin Kyung, JQT, Goofy


 
BoA - Hurricane Venus
FT Island - LOVE LOVE LOVE
SISTAR - Shady Girl
Narsha feat. Sunny Hill - Mamma Mia
Wheesung - RealSlow Is Back
G.NA - Supa Solo
 
Homme - I Was Able To Eat Well
Rainbow - A
Navi - Listen To The End
JQT - No Need To Know
Nine Muses - No Playboy
Supernova - On Days That I Missed You
 
SHINee - Lucifer
Secret - Madonna
Se7en - Digital Bounce 

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-53

KUALA LUMPUR: Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-53 peringkat nasional meriah dan mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya diadakan di ruang tertutup di Stadium Putra di Bukit Jalil, bagi menghormati kemuliaan Ramadan.

Stadium yang sering kali menjadi tumpuan acara sukan, pelbagai konsert hiburan dan acara pertandingan berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, pada hari Selasa bertukar wajah apabila dilimpahi dengan warna-warni semangat 1Malaysia.

Bertemakan "1Malaysia Menjana Transformasi", sambutan Hari Kemerdekaan kali ini memuatkan pengisian agenda yang berbeza dari tahun-tahun lepas apabila tiada acara perbarisan dan perarakan bagi menghormati bulan puasa.

Tampil segak, berwajah segar serta bersemangat waja, lebih 10,000 orang hadir bersama keluarga masing-masing dengan menggenggam erat Jalur Gemilang untuk dikibarkan pada acara kemuncak sambutan.
Acara sambutan bermula sebaik sahaja keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah tepat pukul 8 pagi diikuti dengan tiupan nafiri.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abd Rahman, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta menteri-menteri Kabinet tiba lengkap berbusana batik 1Malaysia selain duta-duta asing dan pemimpin parti-parti politik.

Ketibaan tetamu kehormat disambut lambaian dan sorakan kira-kira 940 kontinjen pelambai yang berbaris di sepanjang jalan yang terdiri daripada 500 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan 440 pelajar Unit Diploma Pengurusan Awam, Institut Tadbiran Awam Negara (Intan).

1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
(1 Malaysia, Generates Transformation)
Melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir, dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Seven healthy beverages that aren't water

Sunday, August 29, 2010 | 0 comments

You already know that drinking water is key to your health. Downing at least six cups of water daily can minimize bloating, prevent headaches, help prevent you from getting sick and smooth the appearance of wrinkles. It may even temporarily rev your metabolism, if you drink it on the cool side (72 degrees). That's a lot of benefit from a beverage you don't even have to pay for! But H20 isn't the only sip that can safeguard your health. Coffee, which some people accuse me of being addicted to, is basically liquid gold. It may lower your risk for Alzheimer's and Parkinson's, breast cancer, skin cancer, diabetes, gallstones, even oral cancer. P.S., java drinkers make half as many errors in daily life compared with decaf fans, according to a study from Cardiff University in Wales, because caffeine helps you process information quickly. It's also linked to a reduced risk for depression. Those pit stops at Starbucks aren't just perking me up—they're protecting every part of me! Not a java junkie? Read on to learn the hidden health bennies of your favorite bevy: 
Orange juice guards against heart disease. Antioxidants in OJ help protect your ticker by fighting the inflammation that can cause blood vessel damage. Consider this: People who ate fast food with a glass of orange juice had fewer artery-harming free radicals in their blood afterward than those who had their burger and fries with water, a study in The American Journal of Clinical Nutrition indicates. Isn't that a great reason to choose juice? Just watch the sugars—one cup contains 21 grams and 122 calories.
Chamomile tea can keep you calm. People who downed chamomile extract daily for two months felt significantly less anxious, a study from the University of Pennsylvania in Philadelphia reports. Ease into mellow mode at night with a cup of chamomile tea. 
Cranberry juice may prevent gum disease and urinary tract infections. Natural compounds in the juice may ward off gum disease by preventing bacteria from adhering to the teeth below the gum line. Cranberry juice also delivers 39 percent of the daily value for vitamin C per 8 ounces, raises levels of good cholesterol and keeps your urinary tract tip-top. A berry smart sip indeed!
Chocolate milk keeps your abs flat. A glass of skim chocolate milk delivers a great combo of carbs and protein, helping you recover after a workout. Athletes who drank it post-workout had lower levels of muscle damage after four days of intense exercising than those who guzzled water or other recovery drinks, according to findings presented at the American College of Sports Medicine meeting in Seattle. That translates to less soreness and fatigue, so you can get back to the gym and those tummy-toning planks sooner. Simply stir 2 tablespoons of cocoa powder or syrup that has less than 20 g sugar into your milk and sip. 
Green tea may keep your weight steady. Mice that exercised and drank green tea were 22 percent less likely to gain weight than those who only exercised or only had tea, according to a study in the International Journal of Obesity. Polyphenols in the drink may rev your metabolism and make it easier for your body to fry fat. Plus, the tea's plentiful stash of antioxidants slashes your risk for cancer and heart disease. Try it iced in summer! 

Tomato juice may lower your cancer risk! The scarlet sip is loaded with vitamins and lycopene, which protect you against cancer. Try it with spices, a celery stalk and no vodka for a cocktail any time of day!
Black tea may help fend off skin cancer. The classic brew is loaded with flavonoids, antioxidants that carry anticancer perks. Research suggests that downing a cup or more of tea a day may lower risk for squamous cell carcinoma, a type of skin cancer, by 30 percent. Hot or iced, black tea is a delicious addition to your skin care regimen—and a lovely way to wake up thanks to its caffeine content—so put on the kettle each morning!

Sheikh Zayed Mosque

Sheikh Zayed Mosque (Arabic: مسجد الشيخ زايد) in Abu Dhabi is the largest mosque in the United Arab Emirates and the eighth largest mosque in the world. It is named after Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, the founder and the first President of the United Arab Emirates, who is also buried there. The mosque was officially opened in the Islamic month of Ramadan in 2007.
 It is seen as a "globally unifying", bringing together designers, features, materials and suppliers from nearly every corner of the globe. 

World records

  • The carpet laid out on the vast expanse is the "World's Largest Carpet" made by Iran's Carpet Company and designed by Iranian artist Ali Khaliqi. This carpet measures 5,627 m2 (60,570 sq ft), and was made by around 1,200 weavers, 20 technicians, and 30 workers. The weight of this carpet is 47 tons – 35 tons of wool, and 12 tons of cotton. There are 2,268,000,000 knots within the carpet.
  • This mosque also holds the largest chandelier. There are seven imported chandeliers from Germany and are copper and gold-plated. The largest chandelier has a 10 m (33 ft) diameter and a 15 m (49 ft) height

Frame within a frame view of one of the domes from one of the main arches. 

Sheikh Zayed Bin Sultan Al Nahyan Mosque, popularly called Grand Mosque by local residents.

Design
The design of the Sheikh Zayed Mosque has been inspired by Mughal and Moorish mosque architecture, the Badshahi Mosque in Lahore and the Hassan II Mosque in Casablanca being direct influences. The dome layout and floorplan of the mosque was inspired by the Badshahi Mosque and the architecture was inspired by both Mughal and Moorish design. Its archways are quintessentially Moorish and its minarets classically Arab. The design of the mosque can be best described as a fusion of Arab, Mughal and Moorish architecture.

Dimension

The Mosque is large enough to accommodate 40,000 worshippers. The main prayer hall can accommodate up to 9,000 worshippers. Two rooms next to the main prayer hall, with a 1,500-capacity each, are for the exclusive use of women.

There are four minarets on the four corners of the mosque which rise about 115 m (377 ft) in height. There are 57 domes covering the outside yard and the main building as well. The domes are decorated with white marble and the interior decoration is made of marble. The courtyard is paved with floral marble designs and measures about 17,000 m2 (180,000 sq ft).

Place to take wuduq'


Tanda-Tanda Malam LAILATUL QADAR


Semua pasti telah mengetahui keutamaan malam Lailatul Qadar. Namun, bila malam tersebut datang? Lalu adakah tanda-tanda dari malam tersebut? Semoga kita dimudahkan oleh Allah untuk mendapatkan malam yang keutamaannya lebih baik dari 1000 bulan.

Segala puji  bagi Allah atas berbagai macam nikmat yang Allah berikan. Selawat dan salam atas nabi  kita Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada keluarganya dan para pengikutnya.

Bersemangatlah di Sepuluh Hari Terakhir Bulan Ramadhan

Para pembaca yang semoga dimudahkan Allah untuk melakukan ketaatan-. Perlu diketahui bahawa sepertiga terakhir bulan Ramadhan adalah saat-saat yang penuh dengan kebaikan dan keutamaan serta pahala yang melimpah. Di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. Oleh kerana itu nabi kita Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam- dahulu bersungguh-sungguh untuk menghidupkan sepuluh hari terakhir tersebut dengan berbagai amalan melebihi waktu-waktu lainnya.

Tanda Malam Lailatul Qadar
 
[1] Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
لَيْلَةُ القَدَرِ لَيْلَةٌ سَمْحَةٌ طَلَقَةٌ لَا حَارَةً وَلَا بَارِدَةً تُصْبِحُ الشَمْسُ صَبِيْحَتُهَا ضَعِيْفَةٌ حَمْرَاء
Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.
[2] Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan ketenangan dalam beribadah, yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.
[3] Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat.
[4] Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar. Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya,”Subuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar.

Malam LAILATUL QADAR


Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "  

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "
 
Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "   

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya:" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke-27 "
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "  

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya:" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku. "

KBS Music Bank 20 August 2010

Saturday, August 21, 2010 | 0 comments

 
Comeback Stage !!
Eru “White Tears / 하얀 눈물” 
Today’s Music Bank!!
D-Na “No One… Anyone / 아무도… 그 누구도”
Navi “Listen to the End / 끝까지 들어”
Sung Eun “What are you gonna do with my love / 사랑하면 뭐해”
Black List “Stop”
JQT “No Need to Know / 알 거 없잖아”
Nine Muses “No Playboy”
Seo InKook “My Baby / 애기야”
Bobby Kim “Loner / 외톨이”
Supernova / “On Days That I Missed You / 그리운 날에”
Hong JinYoung “My Love / 내 사랑”
Jang YoonJung “Olleh”
Rainbow “A”
Hwanhee “While Doing / 하다가”
2AM’s ChangMin + 8Eight’s LeeHyun “I ate well / 밥만 잘 먹더라”
Jo SungMo “I’m Going to Cheat / 바람 필래”
Son DamBi “Queen”
Se7en “Better Together”
DJ DOC “I’m This Person / 나 이런 사람이야”
Secret “Madonna”
Shinee “Lucifer”
BoA “Hurricane Venus”

Fadhilat Ramadhan

Thursday, August 19, 2010 | 0 comments

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah ada menyatakan Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

"
Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan".
Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW  telah bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu".

(Hadis riwayat oleh Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

 3. Abu Hurairah telah berkata :

"Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : ("Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu")".

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik, Ahmad dan Baihaqi)


4. Daripada Abu Hurairah telah berkata yang Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

"Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada ALLAH, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar)".
 

Abu Hurairah
telah berkata:

"Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan ALLAH telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda SAW bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggalkan sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam)."

(Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)


5. Daripada Abi Soleh Az-Zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata Rasululullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

" Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.  Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya."


( Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)


PENERANGAN HADIS


1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada tahun 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Perkara Yang Membatalkan Puasa

Perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:
•    Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
•    Muntah dengan sengaja
•    Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
•    Keluar darah haid atau nifas
•    Gila (hilang akal)
•    Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
•    Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
•    Murtad (keluar dari Islam)
•    Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.

Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Adab BERPUASA

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya.
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia.
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan:
 “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?”
Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda RASULULLAH S.A.W : "Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga."(Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda RASULULLAH S.A.W, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim);
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada ALLLAH S.W.T, kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-NYA.
Kenyang
Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada ALLAH S.W.T.
Sabdanya: "Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya."(Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)
Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;
8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: "Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim)"
9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya. Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.
Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.
Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda RASULULLAH S.A.W "Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share
 
Copyright © -2012 All Yours !! All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks