Resepi Kuih Raya (Shortbread Cookies)

Sunday, August 15, 2010

Shortbread Cookies

Bahan biskut
240g tepung gandum
100g gula castor
100g serbuk badam
200gm mentega
70g susu tepung

Hiasan diatas
500g coklat masak
125g coklat putih

Cara :
Sapu sedikit mentega diatas loyang cutter. Kemudian alas dengan kertas minyak. Sapu lagi mentega diatas kertas minyak. Ketepikan.

Gaulkan kesemua bahan biskut dengan perlahan-lahan sehingga menjadi sebuku doh yang lembut. Kemudian masukkan ke dalam loyang cutter. Tekan perlahan sehingga rata permukaannya. Tekan cutter ke atas adunan tadi. Bakar dengan suhu 180 C selama 12-15 min.

(Loyang cutter)
Bila masak, cabutkan alat pemotong biskut (cutter) dan sejukkan biskut. Cairkan coklat masak dan tuang diatas permukaan biskut sehingga rata. Coklat putih yang telah dicairkan dimasukkan dalam piping beg dan lorekkan bentuk zig zag diatas permukaan coklat masak tadi. Kemudian lorekkan dengan lidi untuk hasilkan corak celorang celoreng.
Dinginkan biskut dalam peti sejuk selama 10 min. Apabila coklat telah keras, cabut dan simpan biskut dalam bekas kedap udara.

2 comments:

  1. salam..
    incik incik.. sy copy resepi ni dekat blog saya. Boleh kan?

    ReplyDelete
  2. salam..loyang cutter tu mcmana bentuknye? bole tolong tunjuk ajar? tq..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share
 
Copyright © -2012 All Yours !! All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks