|
AMALAN SUNAT DALAM
BULAN-BULAN ISLAM :
BULAN MUHARRAM
|
Tanggal
1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua') |
|
Tanggal 10hb disunatkan
berpuasa (puasa Asyura) |
|
Dalam bulan
ini disunatkan agar memperbanyakkan amalan
bersedekah kepada fakir miskin |
|
Disunatkan
supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga |
|
Mengusap
kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas
kasihan terhadap mereka |
|
Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat |
|
Sesiapa yang
berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah ia
telah berbuat baik kepada semua anak-anak yatim. |
|
Sesiapa yang
bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak
pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta
selama hidupnya |
BULAN SAFAR
BULAN RABIUL AWWAL
BULAN RABIUL AKHIR
BULAN JAMADIL AWWAL
BULAN JAMADIL AKHIR
Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam
bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti
biasa.
REJAB
Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah
bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan
adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam
bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan
rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari
Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah
saw maksudnya,
|
Sesiapa yang
berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan
Allah |
|
Sesiapa yang
berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan
yang besar dari Allah |
|
Sesiapa yang
berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allah
dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang
berbahaya dan diselamatkan dari diseksa diakhirat
dan fitnah dajjal |
|
Sesiapa yang
berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7
pintu neraka jahannam baginya |
|
Sesiapa yang
berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8
pintu syurga baginya |
|
Sesiapa yang
berpuasa 10 hari maka akan diperkenankan oleh
Allah hayat dan permintaannya |
|
Sesiapa yang
berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula
pahala amalannya berlipat kali ganda |
|
Orang yang
berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi
minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya
lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan
dan lebih dingin dari salji |
|
Dalam bulan
lain setiap amalan akan digandakan Allah 10
kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan
sebanyak 70 kebajikan. |
|
Digalakkan
mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam
bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw. |
BULAN SYAABAN
Syaaban adalah bulan Rasulullah
saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan
syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya
terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.
|
Setiap
amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan
700 kali ganda |
|
Allah akan
menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan
umum kepada hambanya. |
|
Sesiapa yang
berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di
akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala
70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun. |
|
Kelebihan
malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang
mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan
malam itu dengan banyak berdoa, berzikir,
berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan
sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300
pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak. |
|
Orang-orang
yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu
syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah
dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka
yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina,
pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa,
pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali
silaturrahim. |
BULAN RAMADHAN
Ramadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda
baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan
maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan
pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."
Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat
manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di
dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan
supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"
|
Setiap
amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah
sebanyak 1000 kali ganda |
|
Setiap
amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan
fardhu |
|
Ramadhan
dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi
mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya
dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua
dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian
ketiga pembebasan dari api neraka |
|
Dituntut
supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan
solat sunat yang lain. |
|
Banyakkan
berdoa, berzikir selawat, membaca Al Quran,
bertaubat dan lain-lain |
|
Banyakkan
bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka
yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa
kemalangan. |
|
Memberi
makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa. |
|
Menggandakan
amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang
terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan
kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf
di masjid, qiamullail dan sebagainya |
BULAN SYAWAL
Amalan sunat di bulan Syawal :
|
Amalan
sunat pada 1 Syawal seperti :
a) |
Membayar
zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil
Fitri |
b) |
Menghias
diri dan tempat tinggal supaya kelihatan
bersih dan cantik |
c) |
Mandi
Sunat Aidilfitri pada pagi harinya |
d) |
Menjamah
sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid |
e) |
Keluar
menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila
pulang menggunakan jalan yang lain |
f) |
Lebih
afdal dengan berjalan kaki ke masjid |
g) |
Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil
bermula malam 1 Syawal hinggalah tersenam
matahari pada hari raya tersebut. |
|
|
|
|
Berpuasa 6
hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa
yang berpuasa di bulan Ramadhan dan kemudian
diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka
perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun." |
|
|
BULAN ZULKAEDAH
Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam
bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti
biasa.
BULAN ZULHIJJAH
Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu
Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan tentang
fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :
|
Tanggal 1
Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan
Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari
itu dosanya akan diampunkan oleh Allah
|
|
Tanggal 2
Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah.
Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu
seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya
seperti tidak pernah melakukan maksiat.
|
|
Tanggal 3
Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan
oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada
hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah
|
|
Tanggal 4
Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa
yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari
kefakiran dan kemelaratan.
|
|
Tanggal 5
Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu
sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas
ia dari sifat munafik dan seksa kubur
|
|
Tanggal 6
Zulhijjah Allah telah membukakan pintu-pintu
kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa
yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh
Allah dengan pandangan rahmat
|
|
Tanggal 7
Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh
itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan
dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu
kesulitannya
|
|
Tanggal 8
Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah
supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia
berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau
dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari
berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut
akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah
|
|
Tanggal 9
Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi
Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari
Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut
telah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).
Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang
bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan
oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan
aman dan sentosa. |
|
Amalan sunat
pada 10 Zulhijjah seperti :
a) |
Mandi
sunat Aidil Adha pada pagi harinya. |
b) |
Sunat
tidak menjamah makanan atau minuman
sehinggalah selesai menunaikan solat Adha |
c) |
Keluar
menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila
pulang menggunakan jalan yang lain |
d) |
Lebih
afdal dengan berjalan kaki ke masjid |
e) |
Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil
bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah tersenam
matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir
Muqayyad)
|
|
|
Sunat
membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30
Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca doa awal
tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal
Muharram. |
|
|